Tema dan Persoalan (Novel Tingkatan 1)

Novel Sejambak Bakti : Tema dan Persoalan (Novel Tingkatan 1)

TEMA

Semangat bekerjasama dalam kehidupan warga sekolah untuk mencapai matlamat demi kebaikan bersama. Contohnya, ahli lembaga koperasi bermesyuarat untuk memutuskan sebarang tindakan bagi memajukan koperasi sekolah, Mereka juga sentiasa bertungkus-lumus membantu menghias kedai koperasi, membersihkan bangsal ayam dan bilik bacaan dari semasa ke semasa, terutamanya pada masa yang ditentukan untuk memenangi Pertandingan Koperasi Sekolah.

PERSOALAN

Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya

– Ibu Razali, Mak Sopiah amat menyayangi anaknya. Apabila suaminya, Pak Zakaria menghalau Razali, dia turut mengugut akan mengikut Razali keluar dari rumah. Mak Sopiah amat kenal akan anaknya. Dia tidak percaya akan kata-kata orang yang buruk tentang anaknya.

Semangat tolong-menolong dalam mencapai suatu kejayaan

– Razali sanggup menolong Munir dalam pelajarannya semasa Munir dalam tempoh gantung persekolahan. Dia akan menerangkan tentang pelajaran yang telah dipelajarinya di sekolah.

Semangat kerjasama melakukan sesuatu

– Ahli lembaga pengarah berkerjasama membersihkan tempat pemeliharaan ayam, mengemaskan kedai koperasi, dan bilik bacaan untuk Pertandingan Koperasi.

Kepentingan membaca dalam kehidupan

– Pihak koperasi mewujudkan bilik bacaan yang memuatkan majalah dan akhbar. Pihak koperasi ingin memupuk minat dalam kalangan murid di sekolah itu.

Kepentingan ilmu untuk meraih kejayaan

– Ramlah, Saridevi, dan Rozita yang tidak faham tentang Penyata Wang Tunai meminta Razali mengajar mereka.

.

This entry was posted in Bahasa Melayu. Bookmark the permalink.

Leave a comment