Plot, Binaan Plot dan Teknik Plot (Novel Tingkatan 1)

Novel Sejambak Bakti : Plot, Binaan Plot dan Teknik Plot (Novel Tingkatan 1)

PLOT 

BINAAN PLOT

Permulaan

– Pada permulaan cerita, para pembaca diperkenalkan dengan situasi kehidupan ahli lembaga pengarah di Koperasi. Kemudian, Cikgu Zulkifli menyerahkan surat kepada ahli-ahli yang bertugas dan menyatakan tentang mesyuarat yang akan diadakan pada petang itu.

Perkembangan

– Perkembangan cerita ini pula ialah apabila Munir dipanggil oleh Cikgu Muniam kerana aduan tentang disiplinnya. Cikgu Muniam dan Cikgu Zulkifli cuba menasihatinya dan Munir mengaku bahawa dia tidak akan mengulangi kesalahannya lagi. Tetapi Munir masih lagi berdendam dengan Razali dan pergi memukul Razali bersama Leong dan Silvam.

Klimaks

– Klimaks cerita ini pula ialah apabila Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan digemparkan dengan pencerobohan Koperasi. Munir, Silvam dan Leong menuduh Razali kerana dia seorang sahaja yang mempunyai kunci Koperasi. Kemudian, guru-guru ahli lembaga pengarah cuba memerangkap penceroboh dengan meninggalkan duit RM10 yang bertanda huruf ‘K’. Apabila, Koperasi diceroboh lagi, pihak sekolah membuat pemeriksaan mengejut. Akhirnya, Munir ditangkap kerana mencuri duit yang bertanda itu dengan kunci yang mempunyai sama nombor dengan kunci Koperasi.

Peleraian

– Peleraian cerita ini ialah apabila Mak Sopiah dan Pak Zakaria menemui Pak Ramli, iaitu ayah kandung Razali dan ayah kepada Ramlah. Mereka bertiga menceritakan kisah mereka kepada guru-guru dan Cikgu Zulkifli memanggil

Razali dan Ramlah supaya Razali dapat bertemu dengan ayah kandungnya yang sudah lama dicarinya.

TEKNIK PLOT

Teknik pemerian

Teknik dialog

Teknik monolog

Teknik imbas muka

Teknik imbas kembali

Teknik saspens

.

This entry was posted in Bahasa Melayu. Bookmark the permalink.

Leave a comment